Assalamualaikum WBT...š
Minggu ini kumpulan kami ingin terangkan sedikit ilmu yang dipelajari pada minggu 7 iaitu cara penanaman pokok menggunakan keratan batang dan medium semaian untuk penanaman pokok.
Penanaman pokok menggunakan cara keratan hanya boleh digunakan untuk beberapa jenis pokok sahaja seperti pokok puding, pokok ixora, pokok bunga raya dan beberapa jenis pokok yang lain. Keratan pokok yang digunakan untuk tanaman adalah keratan yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu lembut. Sebelum tanaman dilakukan, bahagian bawah keratan perlulah di potong serong menggunakan cutter yang disediakan. Contoh seperti dibawah......šš
Setelah keratan dipotong serong, keratan tersebut perlulah disapukan atau disentuhkan dengan penggalak akar supaya proses pembesaran akar dapat dilakukan dengan lebih cepat supaya pokok tidak kehilangan air. Selepas itu, keratan perlulah ditanam ke dalam pasu masing-masing dengan membuat sedikit lubang di tanah dan mencucuk keratan tersebut ke dalam pasu. Akhirnya, tanah tersebut perlulah disiram dengan sedikit air untuk mengelakkan tanaman kering dan tidak mencukupi air.
Seterusnya, kami hendak menerangkan medium semaian atau tanah yang kami gunakan untuk menanam keratan di atas. Nisbah bagi menyediakan medium semaian ialah 3:2:1. Nisbah ini merujuk kepada penggunaan bilangan atau kuantiti tanah, baja atau bahan organik dan pasir. Ketiga-tiga bahan perlulah dicampurkan untuk dijadikan medium semaian untuk tanaman. Berikut adalah gambar pelajar-pelajar lelaki yang gagah sedang mencampurkan bahan-bahan yang disebutkan untuk dijadikan medium semaian
Seterusnya, medium semaian ini dimasukkan ke dalam pasu masing-masing menggunakan sudip.
Sekian sahaja untuk minggu ini... Kita akan teruskan dengan minggu 8 tak lama lagi kššš













