Monday, 4 November 2019

Aktiviti Minggu 6 - Racun Organik

Assalamualaikum...hai semua...pada minggu keenam kami telah diberi pendedahan berkenaan dengan racun organik...disebabkan pokok sayuran kami diserang oleh serangga serangga perosak menyebabkan daun daun sayuran kami ada yang rosak..berlubang..hmmm sayangnya kalau dibiarkan sayuran kami sedemikian rupa..oleh sebab itu Pensyarah dan Pembantu ladang telah memberi saranan kepada kami untuk menyebur racun organik kepada sayuran kami tersebut...



Bahan-bahan untuk membuat racun organik adalah seperti cili,bawang putih,air,minyak masak dan sabun pencuci...




Bahan bahan tadi di potong menggunakan pisau dan di kisar di dalam mesin pengisar dengan isipadu air sebanyak 250ml



Bahan yang telah dikisar tadi di bahagikan kepada 2 balang kaca iaitu setiap satu balang mempinyai isipadu 1.5 ml... 1 balang adalah untuk satu batas...bahan yang dikisar di biarkan di dalam balang selama 24 jam...




Selepas 24 jam bahan yang dikisar mestilah ditapis untuk mendapatlan airnya sahaja...selepas itu air bahan kisar tadi dicampurkan dengan air sebanyak 1.5 liter + 1 sudu kecil sabun pencuci + 1 sudu kecil minyak masak... fungsi minyak dan sabun adalah untuk membuatkan racun tersebut lekat pada tanaman... Apabila sudah dicampurkan masukkan campuran tersebut ke dalam spray bagi memudahkan proses penyemhuran kepada tanaman...




Semburkan racun pada tanaman dengan keadaan semburan yang sekata...Waktu semburan racun adalah seeloknya waktu pagi dari jam 7 hingga 9 dan petang dari jam 5 hingga 7


Itu sahaja aktiviti yang dijalankan pada minggu ini

No comments:

Post a Comment