Sunday, 29 December 2019

Minggu 13 dan Minggu 14 - Kerja Pembersihan Ladang

Pada minggu kali ini kami semua ditugaskan untuk membersihkan ladang sebelum kami cuti study week. Kami semua mengemas semua peralatan dan susun di dalam stor. Struktur sokongan pada batas dibuka dan di letakkan di tempat pengumpulan sampah. Papan yang digunakan untuk batas di basuh dan disusun semua di tempat simpanan papan.

Sekian laporan ladang daripada kami berempat. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami dan pembantu ladang yang sentiasa membantu dan membimbing kami sepanjang kami belajar tentang tanaman ini.

Friday, 13 December 2019

Minggu 11 & Minggu 12 - Cantuman tut pokok

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kembali lagi pada minggu ni berkaitan dengan ladang kami. Pada minggu ni kami akan mengajar anda semua mengenai cantuman tut. Kaedah ni sebenarnya baru sahaja saya pelajari dan ia membuatkan kami terlalu kagum dengan kaedah yang digunakan oleh para petani dalam menghasilkan tanaman yang dapat menghasilkan buah dalam jangka masa yang singkat.

TEKNIK CANTUMAN TUT
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan seperti rambutan,jambu, durian, dan lain-lain. Pada minggu lepas,kami telah membuat cantuman tut pada dahan pokok jambu.

Peralatan dan bahan yang digunakan:

  • pisau
  • gunting
  • hormon pengakaran
  • tanah campuran
  • tali
  • plastik
  • air

Langkah-langkah untuk melakukannya:
1)Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti kuman.

2)Kelar keliling dahan dan kebawah dengan menggunakan pisau


3)Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengakaran.

4)Medium tanah dicampurkan dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan palstik


5)Tekupkan gempalan tanah tadi kedahan yang telah di sapu dengan hormon pengakaran.

6)Kemudian bungkuskan gempalan tadi dengan plastik.



7)Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan menggunakan tali dengan kemas.


Cantuman tut akan dipenuhi dengan akar dalam beberapa bulan sekiranya ianya dibuat dengan kaedah yang betul. Apabila akar sudah kelihatan,kita boleh potonh dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut kedalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah.

Okey guys jumpa lagi
Byeee😀

Wednesday, 11 December 2019

Minggu 10- Amali Percambahan biji benih

Assalamualaikum semua
kami akan menceritakan mengenai amali yang kedua bagi kursus Pembiakan dan Pengurusan Tanaman (SPPL 1212) di Makmal Pertanian Tisu Kultur N30. Amali ini lebih kepada mengetahui berkaitan percambahan bijih benih. 


Amali ini terbahagi kepada tiga eksperimen iaitu yang pertama ialah keperluan percambahan bijih benih. Kedua, mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan bijih benih dan yang terakhir ialah percambahan epigeal dan hipogeal.


LAPORAN EKSPERIMEN 1
Tajuk : Keperluan Percambahan
Tujuan : Untuk mengetahui keperluan tumbuhan untuk percambahan bijih benih.
Bahan dan alat : Piring petri/bekas plastik, kapas, bijih benih, air yang telah disejukkan.



Langkah – langkah :
1.      Bahan dan alat yang ingin digunakan akan disediakan seperti jadual berikut.
2.      10 bijih benih akan dimasukkan dalam setiap radas.
3.      Semua radas akan disiram atau direnjis dengan air kecuali radas B2.
4.      Radas C1 dan C2 akan disiram menggunakan air didih yang telah disejukkan.
5.      Percambahan bijih benih akan diperhatikan setiap hari.
6.      Selepas 3 hari, keputusan akan dicatat.

Set Pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletak di atas meja dan dilembapkan.
Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa.
Oksigen
C1
Dilembapkan di dalam air yang telah dididihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.


Set Kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan.
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan.
Oksigen
C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja.
Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan.
                
Analisis keputusan :
Bilangan Bijih Benih Yang Bercambah
Set 1
Set 2
A1
5
A2
9
B1
7
B2
0
C1
7
C2
5
D1
0
D2
4


HARI PERTAMA

     



HARI KEDUA
    


Penilaian :
1.      Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
Untuk membunuh mikroorganisma dan klorin supaya tidak menghalang percambahan bijih benih.

2.      Apakah faktor yang menyebabkan bijih benih tidak bercambah?
Bijih benih yang tidak bercambah kerana tidak mendapat keperluan air, oksigen, suhu dan cahaya yang secukupnya untuk proses percambahan bijih benih.

3.      Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
Kesimpulannya, keperluan air, suhu dan oksigen amat diperlukan manakala keperluan cahaya kurang diperlukan dalam amali ini. Sekiranya keperluan air, suhu dan oksigen tidak mencukupi maka percambahan bijih benih tidak akan berlaku.

4.      Kirakan peratus percambahan bijih benih dalam bekas C2.
   biji benih yang bercampah  x100
jumlah biji benih yang disemai
 = x100
  10
 =50

LAPORAN EKSPERIMEN 2
Tajuk : Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
Tujuan : Untuk mengenalpasti tekstur tanah melalui cara medan iaitu cara dengan menggunakan tangan berdasarkan pemerhatian yang akan dilakukan.
Bahan dan alat : 5 unit tabung uji dan rak, biji benih kacang hijau, kapas, minyak masak, air didih yang telah disejukkan, penitis minyak


Langkah – langkah :
1.      Empat tabung uji yang berlabel A,B,C, dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas.
2.      Tabung uji A,B,C diletakkan dalam makmal manakala tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk.
3.      Biji benih diperhatikan selama 7 hari.
4.      Permehatian direkodkan
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara dan suhu
A
Kapas basah dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Udara
C
Masukkan air yang telah di didihkan    (sejuk) ½ daripada tabung uji, 3 biji benih dan lapisan minyak. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
Kapas basah dan 3 biji benih. Simpan di tempat gelap.

Analisis Pemerhatian :
Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih  (bercambah/ tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
     /        /         /       /
Bercambah
B
 
      /

       /

     /

Tidak bercambah
C
Tidak bercambah
D
    /
Tidak bercambah
E
    /        /     /
Bercambah




Penilaian :
1.      Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah
a)      Tabung uji B : Tiada air
b)     Tabung uji C : Tiada air, cahaya, udara dan suhu yang sesuai
c)      Tabung uji D : Tiada cahaya, udara dan suhu yang sesuai
d)     Tabung uji E : Tiada cahaya

2.      Apakah pemboleh ubah :
        i.            Dimanipulasikan : Keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih
      ii.            Dimalarkan : Jenis biji benih
    iii.            Bergerak balas : Percambahan biji benih.

3.      Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih ?
Keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih ialah suhu yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi.

4.      Tabung uji yang manakah yang bertindak sebagai kawalan ?
Tabung Uji A yang bertindak sebagai kawalan. Kerana tabung uji A mendapat semua keperluan asas yang mencukupi.

5.      Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C ?
Minyak digunakan dalam tabung uji C adalah untuk menguji biji benih boleh hidup atau tidak tanpa udara dan dapat atau tidak biji benih itu menerima cahaya.


6.      Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih ) ?
Bakterai tidak ditemui dalam air masak.

7.      Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Terangkan jawapan anda.
Tabung uji E biji benihnya bercambah kerana mendapat air yang mencukupi dan diletakkan pada suhu yang sesuai tetapi tabung uji E ini cuma tidak mendapat cahaya kerana diletakkan di tempat yang gelap.

8.      Kesimpulan eksperimen ini.
Kesimpulan eksperimen ini ialah menejelaskan bahawa air, cahaya dan suhu amatlah penting dalam proses tumbuhan agar mendapat nutrient yang mencukupi. Tumbuhan memerlukan air sebagai medium pengangkutan nutrien dan garam mineral ke bahagian tumbuhan yang lain seperti daun dan batang tumbuhan itu. Air juga diperlukan untuk proses fotosintesis, mengekalkan kesegahan, kesegaran dan juga sebagai mekanisme kawalan suhu. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk bercambah dengan baik dan membesar untuk terus hidup. Ia menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membuat makanannya sendiri.



LAPORAN EKSPERIMEN 3
Tajuk : Percambahan Epigeal Dan Hipogeal.
Tujuan : Untuk mengetahui dan membezakan percambahan epigeal dan hipogeal.
Bahan dan alat : Bikar 80 ml/ Bekas plastic. Biji benih kacang dan jagung. Peat moss.
Langkah – langkah :
1.      Masukkan 60 ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung.
2.      Semaikan 2 biji kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B
3.      Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.
4.      Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.
5.      Lukiskan gambar percambahan biji benih setelah 5 hari.
6.       
Analisis keputusan :
Hari
Kacang tanah (Bekas A)
Jagung (Bekas B)
Panjang radikal akar (mm)
Panjang plumul pucuk (mm)
Panjang radikal akar (mm)
Panjang plumul pucuk (mm)
1
0.16
0.44
0
0
2
0.31
0.84
0
0
3
0.46
1.24
0
0.05
4
0.61
1.68
0
0.10
5
0.78
2.08
0
0.11
6
0.90
2.50
0
0.14


Penilaian :
1.      Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua-dua jenis tumbuhan.



2.      Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal.
Epigeal
Hipogeal
Kotiledon akan keluar dari tanah bersama dengan plumul (pucuk).
Kotiledon akan kekal di bawah tanah. Hanya plumul (pucuk) sahaja yang keluar dari tanah.
Radikal (akar) yang muncul pertama kali membentuk hipokotil.
Radikal (akar) muncul dan membentuk berakar.
Contoh: Tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang.
Contoh: Tumbuhan monokotiledon seperti pokok jagung.

3.      Lukiskan struktur biji benih dan labelkan.
       

            
4.      Apakah yang dimaksudkan embrio.
Embrio hanya diperlukan untuk tumbuhan kecil yang terbentuk dalam biji benih yang berada dalam keadaan tertentu dimana hanya menunggu masa untuk bercambah. Ia juga dikenali sebagai embrio benih, yang merupakan bahagian dari benih yang mengandungi bentuk paling awal dari akar, batang dan daun tanaman. Embrio berkembang setelah bunga tanaman dewasa (persenyawaan) dan umumnya terkandung dalam biji.