Friday, 13 December 2019

Minggu 11 & Minggu 12 - Cantuman tut pokok

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kembali lagi pada minggu ni berkaitan dengan ladang kami. Pada minggu ni kami akan mengajar anda semua mengenai cantuman tut. Kaedah ni sebenarnya baru sahaja saya pelajari dan ia membuatkan kami terlalu kagum dengan kaedah yang digunakan oleh para petani dalam menghasilkan tanaman yang dapat menghasilkan buah dalam jangka masa yang singkat.

TEKNIK CANTUMAN TUT
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan seperti rambutan,jambu, durian, dan lain-lain. Pada minggu lepas,kami telah membuat cantuman tut pada dahan pokok jambu.

Peralatan dan bahan yang digunakan:

  • pisau
  • gunting
  • hormon pengakaran
  • tanah campuran
  • tali
  • plastik
  • air

Langkah-langkah untuk melakukannya:
1)Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti kuman.

2)Kelar keliling dahan dan kebawah dengan menggunakan pisau


3)Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengakaran.

4)Medium tanah dicampurkan dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan palstik


5)Tekupkan gempalan tanah tadi kedahan yang telah di sapu dengan hormon pengakaran.

6)Kemudian bungkuskan gempalan tadi dengan plastik.



7)Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan menggunakan tali dengan kemas.


Cantuman tut akan dipenuhi dengan akar dalam beberapa bulan sekiranya ianya dibuat dengan kaedah yang betul. Apabila akar sudah kelihatan,kita boleh potonh dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut kedalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah.

Okey guys jumpa lagi
Byeee😀

No comments:

Post a Comment