Assalammualaikum & Bonjour 🐢
Bertemu kembali kita pada minggu yang ke-8, pada minggu ini kami telah melakukan aktiviti penjualan sayur-sayuran berbuah dan berdaun.
Antara aktiviti yang perlu kami lakukan ialah seperti:
- Menuai
- Membersih
- Aktiviti selepas tuai
- Pemasaran dan penghantaran
- Bahagian kewangan
- Proses penuai. Proses ini dilakukan apabila sayuran telah matang dan separa matang kerana ia sesuai untuk dimakan. Sayuran yang telah matang akan menghasilkan rasa yang kurang enak.
- Proses pembersih. Proses ini dilakukan selepas sahaja proses penuaian dilakukan. Hal ini bertujuan bagi memastikan sayur-sayuran tidak rosak. Namun begitu, diingatkan jangan sesekali rendam sayur yang dituai di dalam air. Hal ini kerana sayuran yang direndam dalam air akan mempercepatkan sayuran tersebut rosak.
- Proses menimbang dan mengasingkan sayur-sayuran. Proses ini dilakukan dengan mengasingkan sayuran tersebut sebanyak 200g setiap plastik.
- Berikut merupakan senarai harga sayuran kami:
- Sawi 200g/Rm2.00
- Bayam 250g/Rm2.00
- Petola sebiji/Rm2.00
- Kacang Panjang 8pcs/Rm2.00
- Timun 3pcs/Rm2.00
- Timun Jepun 4pcs/Rm2.00
- Pak Choi 200g/ Rm2.00
- Proses pemasaran dan penghantaran. Sayuran yang telah siap dibungkus
akan dipasarkan ke kawasan yang berdekatan seperti Pusat Kesihatan
Universiti dan kawasan berhampiran yang lain .




No comments:
Post a Comment