Kami kembali lagi pada kali ini...terkejut tak terkejut tak..hehehe..pada minggu kedua ini pula kami telah melakukan proses merumpai iaitu membuang rumpai-rumpai yang tumbuh di batas-batas kami. Rumpai merupakan tumbuhan-tumbuhan asing selain dari tanaman yang kita ingin tanam pada batas-batas kita.
Seterusnya kami telah diberi pendedahan tentang kaedah-kaedah atau cara-cara untuk pembajaan terhadap tanah tanaman yang akan kami gunakan iaitu pada batas-batas kami sendiri. Dalam hal ini kami amat berterima kasih kepada Encik Faris dan Encik Abang kerana mengajar kami semua tentang pembajaan ini. ♥️♥️♥️
Thanks ๐
Baja yang kami gunakan adalah jenis baja organik iaitu dengan menggunakan baja dari sisa najis ayam dan sisa sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan baja. Kami juga telah diberi arahan untuk meletakkan kapur ke dalam baja kami juga. Hal ini kerana kapur digunakan untuk meneutralkan tanah dimana tanah pada batas kami sebelum ini berada dalam keadaan yang berasid. Tanah yang berasid tidak sesuai untuk penanaman kerana anak benih tidak dapat nutrien yang cukup semasa proses tumbesaran nanti. Sukatan baja dan kapur ialah seperti 1 baldi najis ayam + 10 scoop penuh kapur dan 2 baldi sisa makanan yang telah diproses menjadi baja + 10 scoop penuh kapur. Baja dan kapur yang telah diletakkan di atas batas tadi diratakan sehingga sebati keseluruhan tanah tanah batas bagi memastikan tanah batas mendapat nutrien yang sebati dan keasidan tanah juga kurang berasid.
yahooooooo...Baja dan kapur telah sebati bersama dengan tanah...tanah yang telah dibaja dibiarkan untuk tempoh seminggu... ๐๐๐
jumpa minggu depan....see you soon ๐งก





No comments:
Post a Comment