Saturday, 12 October 2019

Minggu 4 -Amali tanah

Assalamualaikum & Bonjour  🐢

Bertemu kembali kita pada minggu yang ke-4, pada minggu ini kami telah menjalankan suatu uji kaji ataupun eksperimen kesuburan tanah bagi memastikan tanaman yang kami tanam hidup dengan subur.

Rajah 1 : Sampel tanah(50ml) dimasukan ke dalam selindar penyukat

Amali pertama yang kami jalankan adalah menyukat air di dalam bikar sebanyak 50 ml lalu memasukkan air tersebut ke dalam silinder penyukat. Seterusnya, kami memasukkan tanah ke dalam bikar yang kosong sebanyak 50 ml dan mencampurkannya ke dalam silinder penyukat. Selepas itu, goncangkan campuran air dan tanah tadi lalu biarkan 5 hingga 10 minit.

Rajah 2 : Campuran tanah yang siap di goncang


Keputusan: Ketinggian keselurahan pisahan 2.2 cm

Pisahan
Ketinggian(cm)
Peratus
Pasir
1.3
59%
Kelodak
0.6
27.3%
Tanah Liat
0.3
13.6%

Pasir:
(1.3/2.2) x 100
                     = 59%
Kelodak:
 (0.6/2.2) x 100
                     = 27.3%
Tanah liat :
(0.3/2.2) x 100
                     = 13.6%
Amali kedua yang kami jalankan adalah menentukan teskstur tanah melalui cara medan.

Perkara
Penerangan
Tujuan
Untuk mengenalpasti tekstur tanah melalui cara medan iaitu cara dengan menggunakan tangan berdasarkan pemerhatian yang akan dilakukan.


Radas dan Alatan
Bikar kaca(80ml), air, plastic putih, kain lap.
Bahan
Sampel tanah
Langkah-langkah
1.      Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3cm).
2.      Letakkan sampel tanah di atas plastic putih. Uli tanah dengan sedikit air.
3.      Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
4.      Bentukkan tanah tersebut menjadi bebola, reben, rod, bentu U atau gegelang.


 

ANALISIS
Pemerhatian:
Rajah 3 : Gelang dapat dibentuk (tanah liat), bebola dapat dibentuk (pasir berloam), rod dapat dibentuk (tanah loam), bentuk bulan sabit yang merekah (tanah liat berpasir) dan membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gegelang (loam tanah liat).

        i.      Amali ketiga yang membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.

Perkara
Penerangan
Tujuan
Untuk memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah mengikut masa yang ditetapkan dan menguji keasidan dan kealkalian tanah.

Radas dan alatan
Bikar kaca, gentian kacacorong tuas, air suling, kelalang kun.

Bahan
Sampel tanah
Langkah- langkah
1.      Sediakan radas seperti yang diarahkan.
2.      Sukat 50ml air suling.
3.      Tuangkan 50ml air ke dalam setiap sampel tanah dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam kelalang kun.
4.      Catakan keputusan dan pemerhatian dalam jadual.
5.      Ambilkan bacaan pH tanah menggunakan meter pH



Rajah 4 : Bahan dan radas telah disediakan dan digunakan

Rajah 5 : Tuang 50ml air dan biarkan air menitis ke dalam kelalang kun

Rajah 6 : Bacaan nilai pH tanah

ANALISIS
Keputusan:

Sampel tanah (batas)
Isipadu air selepas 3 minit (ml)

Pemerhatian

Nilai pH
1
30
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.8
2
40
Air bergerak  perlahan
6.8
3
38
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.2
4
38
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.4
5
45
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.8
6
40
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.4
7
40
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.4
8
40
Air bergerak perlahan
6.6
9
39
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.6
10
40
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.5
11
40
Air bergerak perlahan
5.9
12
38
Air bergerak perlahan
6.3
13
40
Air bergerak  perlahan
6.4
14
38
Air yang turun sangat perhan
6.4
15
40
Air menitis perlahan dari awal dituang
6.1
16
38
Air menitis perlahan dari awal dituang
5.9
17
45
Air bergerak perlahan
6.6




















No comments:

Post a Comment