~Minggu ini kami nak sambung proses tanaman kami iaitu proses menyemai biji benih. Terdapat 2 jenis biji benih yang disemai iaitu biji benih untuk tanaman sayuran dan tanaman berbuah. Batas di bahagian hadapan menanam biji benih sayuran manakala batas dibahagian belakang adalah biji benih berbuah
Inilah cara untuk menyemai biji benih untuk tanaman yang berbuah๐
Biji benih berbuah bersaiz agak besar dan mudah untuk ditanam tetapi biji benih sayuran bersaiz sangat kecil dan halus. Biji benih sayuran perlulah dicampurkan dengan pasir mengikut nisbah yang betul sebelum disemai ke dalam batas.
Nisbah yang betul adalah 1 penutup botol biji benih perlulah dicampurkan dengan 10 penutup botol.
Tujuan nisbah ini adalah untuk mengelakkan taburan biji benih terlalu banyak dalam suatu kawasan.
Setelah semaian dilakukan, batas perlulah disiram dengan air yang cukup supaya tanaman dapat air yang cukup untuk proses percambahan dan tumbesaran.
Sekian gais... Jumpa next week k ๐

No comments:
Post a Comment